Langkah Pelaksanaan PBL


Langkah Pelaksanaan PBL

Langkah 1:

Bentuk kumpulan pelajar: 3-5 orang

Langkah 2:

Ikuti enam langkah PBL berikut:

2.1 Perkenalkan soalan

2.2 Senaraikan aktiviti

2.3 Buat takwim

2.4 Buat pemantauan

2.5 Nilai output projek

2.6 Nilai pengalaman

Langkah 3:

Buat persembahan projek (Presentation Of Learning)


PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN PBL DI SEKOLAH-SEKOLAH
LANGKAH 1: Perkenalkan Soalan
  • Mulakan dengan soalan penting: Jawab Soalan Asas, Soalan Unit dan Soalan Kandungan
  • Ambil persoalan dunia sebenar
  • Topik sesuai dengan pelajar
  • Berdasarkan kepada HSP
  • Keputusan haruslah melalui perbincangan kumpulan
LANGKAH 2: Perancangan
  • Perancangan bagi langkah-langkah pelaksanaan projek
  • Keputusan melalui perbincangan kumpulan
  • Guru dan pelajar berbincang tentang pengisian atau aktivti projek
  • Senaraikan aktiviti yang akan dilakukan untuk menjawab persoalan tentang topik yang dipilih
LANGKAH 3: Takwim
  • Guru dan pelajar membina takwim bagi melaksanakan aktiviti projek
  • Ringkas, tidak kompleks
  • Sesuai dengan umur pelajar
  • Gunakan Carta Gantt
LANGKAH 4: Pemantauan
  • Pemantauan projek
  • Guru bertindak sebagai fasilitator
  • Memantau proses pelaksanaan projek
  • Membantu dalam hal kemahiran
  • Menggunakan rubrik
LANGKAH 5: Penilaian Projek
  • Penilaian output
  • Diagnostik dan maklumbalas tentang perkembangan projek
  • Membina dan melaksanakan penilaian
  • Penilaian kendiri oleh guru dan penilaian kendiri pelajar
  • Berikan maklumbalas tentang apa yang sedang berlaku dan cara untuk penambahbaikan
LANGKAH 6: Penilaian pengalaman murid
  • Penilaian pengalaman pembelajaran
  • Refleksi: individu dan kumpulan
  • Kongsi pengalaman dan pengetahuan
  • Bincang apa yang telah berjaya dan tidak
  • Bincang apa yang perlu diperbaiki
  • Kongsi idea baru yang akan memperkembangkan projek

SESI PRESENTATION OF LEARNING (POL)

Sesi ini boleh dilakukan setelah semua kumpulan siap membuat tugasan masing-masing. Di peringkat kelas, 7 minit pembentangan hasil tugasan sudah memadai iaitu 5 minit pembentangan dan 2 minit sesi soal jawab.

About these ads

One comment on “Langkah Pelaksanaan PBL

  1. Saya adalah peserta lawatan kursus isu-isu komputer dalam pendidikan di BTPN pada 9 januari 2012 (Anjuran Universiti Malaysia Sabah). Projek PBL ini adalah sesuatu yang menarik minat saya walaupun disertasi saya berkaitan dengan penggunaan peta minda multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

    http://mecomums.blogspot.com/ adalah alamat blog kolabarasi yang saya bangunkan untuk pelajar kohort 2 Komputer dalam pendidikan di samping blog peribadi saya yang lain.

    Seperti cadangan saya semasa lawatan, mungkin tuan boleh jadikan projek bersepadu di bawah BTPN Sabah dengan memfokuskan pembangunannya melalui blog untuk pembelajaran Tingkatan 6 di bahagian pantai barat Sabah sebagai permulaan. Saya rasa ianya berbaloi untuk dibangunkan kerana:
    1. Bentuk projek yang dilaksanakan untuk pelajar STPM sekarang yang memfokuskan kajian tindakan
    2. Setiap penghujung tahun pelajar tingkatan 6 atas akan membentangkan hasil kajian mereka di setiap sekolah dan tidak ada penyelerasan dalam penyimpanan bahan kajian mereka

    Untuk pengetahuan tuan, saya berpengalaman mengajar kertas 1 sejarah tamadun dunia 2003-2009 di SMK Narinang Kota Belud. Kemudian dari tahun 2010-2011 saya berpindah ke SMK Pekan Kota Belud II (mengajar rojak: sejarah ting 1, PMoral, P Sivik, dan ICTL). Sekarang saya berkhidmat di SMK Tun fuad Stephens Kiulu (mengajar geografi tingkatan 3 & 5, Sejarah Tingkatan 3, PSivik, dan PMoral).

    Walaupun saya tidak terlibat lagi dengan pembelajaran tingkatan 6, tapi saya melihat peluang untuk membangunkan PBL ini di tingkatan 6 dalam Negeri Sabah. Ramai guru-guru tingkatan 6 yang berkemahiran dan saya lihat di sekolah saya sendiri (SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu) guru-guru dan pelajar begitu komitmen membentangkan hasil kajian pelajar mereka. Tapi sayang tidak ada pusat untuk mereka mengumpul hasil kajian tersebut, mungkin Tuan boleh jadi pemangkin untuk projek ini dengan memilih beberapa sekolah yang ada Tingkatan 6 di kawasan pantai Barat Sabah.

    Sekadar cadangan dari bekas guru Tingkatan 6… Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s