Tujuan Kajian Tindakan

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dalam kelas mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam kelas.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

d. Oleh sebab guru mempunyai autoriti dalam kelas masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid.

e. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran.  Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan seterusnya perubahan sikap.  Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.

f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan dalam kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

Membudayakan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

PENGENALAN

Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, ia akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa  latihan di maktab perguruan atau universiti. Maka dalam keadaan ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru yang lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan ini  duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam p&p di bilik darjah adalah penggunaan kajian tindakan. Walaupun inisiatif telah dibuat untuk memperkembangkan penggunaan penggunaan kajian tindakan dalam p&p namun pelaksanaannya masih belum meluas di sekolah-sekolah.

LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuannya untuk membantu guru ini maka penggunaan cara ini perlu difikirkan kebaikannya.

Jean McNiff

Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988):

Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and as such, demands that the action of educational research is itself educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both profesionally and personally; and it is this personal commitment that counts in the process of human enquiry.

Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.

Kurt Lewin

Dalam perkambangannya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1946), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan olehKurt LewinStephen Corey di Teacher’s College, Columbia Universiti, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan di sekolah-sekolah. Selanjutnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam p&p di bilik darjah. Perkembangan  seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas digunakan dalam kalangan pendidik di negara lain. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga digunakan dalam usaha mengubah dan meningkatkan pendekatan p&p  di sekolah-sekolah.

Di negara ini, kaedah kajian tindakan dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan.